Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hidup istimewa hari ini apabila beliau sendiri mengadu mempunyai jadual yang "luar biasa".

Malah, beliau turut memohon maaf atas kelewetannya merasmikan Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur petang ini.

"Hari ini jadual saya luar biasa. Saya tadi di Gopeng dan disambut dengan kehadiran seramai 25,000 orang. Lepas itu ke Pekan dan kemudian berkejar ke sini.

"Saya minta maaf di atas kelewatan. Tapi Alhamdulillah, kita dapat buat NBOS ini sebab kita telah melaksanakan konsep dan falsafah NBOS ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Terbuka NBOS.

Turut hadir di majlis itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ( gambar ).

Kedua-dua mereka juga adalah Naib Presiden UMNO.

Ahli Parlimen Pekan itu pagi tadi mengadakan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak.

Pada program di Gopeng itu, Najib berkata, parti dan pemimpin tidak boleh dipisahkan sambil menyeru ahli UMNO tidak mengkritik pemimpin mereka.

Kata Najib, kritikan kepada pemimpin hanya akan melemahkan parti.

Selepas itu, Najib kemudian ke Pekan, Pahang dan menghadiri program majlis Himpunan Solidariti 14 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan.

Lihat Komen
ADS