Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Red Warrior terkulai dibaham Singa
Diterbitkan:  May 23, 2015 10:52 PM
Dikemaskini: 3:17 PM

Kecuaian barisan pertahanan dan keghairahan mencari gol tambahan menjadi punca pasukan Kelantan tumbang di tangan Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Gawang Kelantan bocor seawal minit keenam melalui jaringan Muhammad Faris Ramli.

Selepas berhempas pulas mencari gol penyamaan, Kelantan memang berjaya membolosi gawang pasukan dari Singapura melalui gerakan cantik Wan Zack Haikal di minit ke-62.

Namun ketika kesebelasan pemain Kelantan memburu gol pendahuluan, Lion XII sebaliknya mencuri kesempatan dengan larian pantas dan sepakan jarak jauh Sahil Suhaimi di minit ke-81.

Kira-kira sembilan minit kemudian Sahil sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti menjadikan kedudukan lengkap 3-1.

Lihat Komen
ADS