Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Kami tak amal dwi-standard
Diterbitkan:  May 26, 2015 11:21 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Kementerian Dalam Negeri berkata polis tidak mengamalkan dwi standard apabila bertindak tegas terhadap kumpulan yang berhimpun membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagiamanapun bertindak "lembut " terhadap pihak yang mengadakan protes di gereja Taman Medan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengamalkan dwi-standard atau siasatan secara terpilih dalam mengambil sesuatu tindakan atau siasatan yang dijalankan.

"Kerajaan memandang serius tentang kejadian-kejadian jenayah yang berlaku.

"Siasatan akan dijalankan tidak mengira sama ada ia dilakukan oleh pihak individu berpengaruh atau sebaliknya," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis bagi soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) di Parlimen hari ini.

Lim meminta penjelasan menteri dalam negeri sama ada pihak berkuasa mengamalkan dwi-standrad terhadap pihak yang berpiket di pejabat kastam Kelana Jaya pada 23 Mac kerana membantah GST dan kumpulan yang berpiket di depan gereja Taman Medan pada 19 April lalu.

Menurut Lim, kedua-dua kumpulan itu mengamalkan hak dalam Perlembagaan untuk berhimpun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS