Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia usir aktivis Revolusi Payung
Diterbitkan:  May 26, 2015 1:11 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Pihak imigresen Malaysia menahan aktivis Revolusi Payung dari Hong Kong Joshua Wong tidak lama selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini.

Wong, yang pernah menghiasi muka depan majalah Time, memberitahu penganjur program yang bakal dihadirinya di ibu negeri itu, bahawa beliau akan dihantar pulang tanpa alasan.  

"Seorang pegawai kerajaan berkata, beliau telah menerima arahan bahawa saya tidak dibenarkan masuk dan saya perlu mengambil penerbangan berikutnya untuk pulang," katanya kepada penganjur melalui perbualan telefon.

Rakaman perbualan telefon itu turut diperolehi Malaysiakini .

Wong mendakwa beliau diheret keluar oleh pegawai imigresen dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila beliau berkata: "Jangan gunakan kekerasan".

Aktivis berusia 18 tahun itu tiba dengan penerbangan Dragon KA634 di Lapangan Terbang Antabangsa Pulau Pinang pada jam 11.55 pagi ini.

Beliau diletakkan dalam pesawat Dragonair yang sama bawah penerbangan KA634 ke Hong Kong yang dijadualkan berlepas pada jam 12.55 tengahari

Wong dijadual mengadakan siri dialog dengan gerakan pelajar minggu ini, yang mana Malaysiakini selaku rakan media.

Pada Jun tahun lalu, Wong mengetuai gerakan pelajar besar-besaran yang mendorong kebangkitan popular di Hong Kong menuntut pilihan raya yang bersih daripada bekas koloni British itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS