Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang ahli parlimen pembangkang mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat baru.

 

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan Najib didakwa telah kehilangan keyakinan semua pihak termasuk daripada partinya sendiri iaitu Umno.

Khalid berkata dengan mengadakan pilihan raya itu, Najib dapat menutup mulut pihak yang mengkritiknya terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Masalahnya sekarang ialah perdana menteri bukan sahaja telah hilang keyakinan daripada pembangkang dan rakyat, beliau juga menghadapi krisis keyakinan dalam parti.

"Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan masalah ini - bubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum. Inilah satu-satunya cara untuk menutup mulut Mahathir. Saya mahu memberitahu perdana menteri (ini adalah jalan) untuk menutup mulut pengkritik," katanya.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata sewaktu berucap membahaskan Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS