Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Bank Negara jangan tutup isu 1MDB
Diterbitkan:  May 28, 2015 11:16 AM
Dikemaskini: 4:59 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Bank Negara Malaysia terhadap dakwaan menutup hutang firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata tindakan sedemikian boleh mendedahkan bank pusat itu kepada pendakwaan jenayah.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Selasa yang mengesahkan menerima laporan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berhubung 1MDB tetapi enggan mendedahkan butirannya.

"Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara," kata beliau dalam blognya hari ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada Bank Negara dan 1MDB berhubung perkara itu.

Lihat Komen
ADS