Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tony Pua: Di mana kamu bos 1MDB?
Diterbitkan:  May 28, 2015 1:21 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Di mana presiden 1MDB Arul Kanda dan bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmi ketika mereka sepatutnya memberi keterangan?

Begitu soal anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua hari ini.

“Di mana mereka pada 25 dan 26 Mei ketika PAC minta mereka hadir.

“Mesyuarat apa mereka pergi di luar negara sehingga tidak dapat hadir berdepan PAC?” soalnya sidang media di Parlimen hari ini.

“Adakah mereka berada di Dubai, adakan mereka ambil penerbangan pantas ke Singapura? Adakah mereka pergi bersama-sama, atau secara berasingan?

“Kita malah mahu tahu bila penerbangan itu ditempah. Adakah ia ditempah selepas notis (PAC) dikeluarkan atau sebelumnya?” soalnya bertalu-talu.

Phua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara berkata perkara itu antara soalan yang akan dibangkitkan PAC apabila kedua-dua sosok yang menjadi perhatian umum itu tampil.

Tidak jelas sama ada pendirian rasmi PAC hanya boleh diumumkan oleh pengerusinya Datuk  Nur Jazlan Mohamad.

Arul dan Halmi tidak hadir ke siasatan PAC minggu ini dengan mendakwa Kementerian Kewangan hanya memaklumkan kepada mereka perkara itu pada 21 Mei.

Arul dalam jawapan kepada PAC pada 22 Mei meminta tambahan 30 hari atas alasan dia dan Shahrol mempunyai komitmen di luar negara dan perlukan masa untuk menyediakan dokumen bagi pendengaran itu.

Nur Jazlan semalam berkata mereka telah menghantar arahan hadir Arul dan Hilmi kepada Kementerian Penerangan pada 6 Mei.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS