Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amy jadikan Nik Aziz pengubat jiwa
Diterbitkan:  May 28, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Ketika kegiatan seninya dipertikaikan, bintang rock Amy Search menjadikan ikon ulama PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai pengubat hatinya.

Terpalit 'perang' media sosial dengan ketua pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Amy sejak beberapa hari lepas mengambil pendekatan mengkritik kembali ahli motivasi itu.

Bagaimanapun, hari ini, berbeza dengan sebelumnya, beliau kelihatan sedikit sentimental apabila mengingati kembali penghargaan diterima daripada Nik Aziz.

Ketika kegiatan seninya dikaitkan dengan kerosakan akhlak generasi beliau, beliau  memuat naik laporan yang menyebut Nik Aziz pernah menitis air mata mendengar lagu ketuhanan dinyanyikannya.

"Mana mungkin aku bisa melupakan saat ini hingga akhirnya. Al-Fatehah," tulisnya di Instagram.

 

Mana mungkin aku bisa melupakan saat ini hingga akhir nya... Al Fatehah

A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy Search (@akuamysearch) on

Amy memuat naik petikan akhbar antara lain tokoh ulama itu sebak mendengar suaranya dan memuji kerana suara yang diminati ramai boleh dimanfaatkan ke jalan Allah.

Sebelum ini, Muhammad Lukman 'ditarbiah' Amy selepas mengelar Search, antara kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia, sebagai “hantu” yang menjadikan golongan belia teruk, sempena sambutan Hari Beliau Negara di Putrajaya minggu lalu.

Bagaimanapun, Amy berkata kumpulan beliau tidak harus dihina kerana “mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita” menyebabkan pakar motivasi itu ingin memohon maaf kepadanya tetapi masih belum dapat berbuat demikian.

Sementara itu, Amy memuat naik kata-kata pakar motivasi itu di Instagramnya dengan kapsyen mengapa perlu menggunakan nasihat orang ramai berhubung perkara itu.

“Ini pagi semalam. Mengapa perlu menggunakan atas nasihat orang ramai untuk menjadi pelarian dengan tanpa rasa,” tulis Amy atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman.

Bagaimanapun status terbaru Lukman di Facebook berkata, beliau akan bertemu dengan Amy petang ini, dan beliau turut meminta maaf kepada semua yang tersinggung dengan tulisannya.

Lihat Komen
ADS