Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS melonggarkan peraturan pemakaian kepada pemberita yang membuat liputan dalam muktamarnya minggu depan selepas diselar bersikap seperti Taliban oleh MCA.

P arti Islam itu bagaimanapun mengekalkan larangan supaya organisasi media tidak menghasilkan laporan yang boleh memberikan kesan buruk padanya.

Pindaan garis panduan itu dibacakan oleh pengarah muktamar PAS Takiyuddin Hassan di lobi parlimen hari ini selepas salinannya diedarkan kepada media.

Peraturan baru itu antaranya hanya mensyaratkan pemberita lelaki memakai pakaian sesuai.

Pemberita perempuan beragama Islam diminta menutup aurat manakala yang bukan Islam pula harus berpakaian sopan.

Takiyuddin ( atas ) juga berkata garis panduan itu cukup munasabah dan menegaskan bahawa PAS parti mesra media.

'Jangan campur tangan'

MCA semalam membias peraturan PAS kepada pemberita yang membuat liputan muktamarnya di Kuala Selangor minggu depan.

Perkara itu termasuk berkaitan kaedah pemakaian pemberita dan larangan melaporkan berita yang memberi kesan tidak baik terhadap parti itu.

Peraturan itu asalnya tidak dibenarkan memakai pakaian ketat, menjolok mata, seluar pendek dan memakai skirt terbelah tetapi "sangat digalakkan" memakai tudung atau berselendang.

MCA juga mendakwa PAS cuba menghalang tulisan kritis yang disamakan dengan tindakan Taliban merosakkan televisyen dan memaksa rakyat Afghanistan hanya mendengar propaganda rasmi mereka.

Sementara itu, Takiyuddin juga mengingatkan pihak lain tidak cuba melobi mana-mana calon PAS yang bertanding dengan menyamakannya dengan cubaan menetapkan keputusan perlawanan bola sepak.

“Biarlah kami bertanding sesama sendiri […] tidak patut ada sebarang campur tangan,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS