Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'90% kontraktor Melayu bergantung geran k'jaan'
Diterbitkan:  Jun 1, 2015 10:00 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Sembilan puluh peratus kontraktor Melayu, terutama usahawan kecil dan sederhana (PKS), hanya bergantung harap kepada geran kerajaan.

Utusan Online melaporkan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, berkata antara kelemahan yang ketara ialah mereka tidak mempunyai kemahiran dan teknologi untuk bersaing dengan syarikat besar.

Katanya, kekurangan modal serta pengalaman juga antara faktor mengapa kontraktor Melayu tidak berani menyahut cabaran mencuba projek mega yang ditawarkan syarikat swasta.

Walaupun 58 tahun negara mencapai kemerdekaan, tetapi kontraktor Melayu masih tidak berani untuk mengambil risiko.

“Realitinya memang pahit iaitu 98 peratus kontraktor Melayu bergantung kepada geran kerajaan. Walaupun pelbagai dasar dibangunkan bagi membantu kaum Melayu keluar daripada kepompong sendiri, namun cabarannya terlalu hebat  untuk ditempuh," Mokhtar dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, katanya, kontraktor Melayu harus bersaing dengan pemain industri yang lain menerusi kerjasama dan pertukaran teknologi serta kepakaran dalam memajukan perniagaan.

Katanya, walaupun pada realitinya kaum Cina mendominasi industri tersebut, namun beliau percaya tidak mustahil bagi kontraktor Melayu bangkit dan bersama membangunkan ekonomi negara.

[Baca berita penuh/asal]

.

Lihat Komen
ADS