Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menggugurkan saman fitnah RM50 juta terhadap bekas ketua pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keputusan itu pagi ini.

Pengurusan kes tersebut dijadualkan berlangsung.

Ini bermakna Saiful tidak lagi membuat apa-apa tuntutan terhadap Anwar, kata Latheefa.

"Kami gembira kerana ia mengesahkan lagi bahawa Anwar tidak bersalah," katanya kepada pemberita.

Pengadu tidak memberi sebarang alasan menggugurkan kes tersebut atau perbincangan mengenai kos, katanya.

Saiful, seorang bekas pembantu Anwar, memfailkan saman itu pada Ogos lepas kerana dakwaan fitnah dan dakwaan diliwat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan kes liwat ke atasnya.  [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohd Saiful menarik balik saman RM50 juta terhadap bekas ketuanya berhubung kes liwat II kerana tidak mampu membiayai kos guaman. 
 
Mohd Saiful, yang kini bekerja sebagai ejen insurans, berkata beliau mempunyai kes dan hujah kukuh dalam kes saman itu namun proses perundangan kadangkala mengambil masa yang panjang untuk sampai ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
 
"Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman sehingga ke peringkat itu. Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik mahkamah.
 
"Cukuplah tujuh tahun saya melalui proses perundangan turun naik mahkamah untuk membuktikan kebenaran laporan polis yang saya buat pada 2008," katanya dalam kenyataan akhbar yang diperoleh dari peguamnya Zamri Idrus.
 
Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian liwat itu telah dibuktikan benar apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwatnya.

Lihat Komen
ADS