Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Ulama PAS mendakwa DAP mengamalkan 'pecah dan perintah' terhadap mereka dan memberi amaran tindakan itu boleh membatalkan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

Pemangku ketua dewan itu Datuk Mahfodz Mohamed membangkitkan tindakan DAP menyerang dan memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan dengan PAS.

"Terkini DAP pula memberi isyarat campur tangan dalam pemilihan dalam pemilihan PAS dengan mengandaikan mereka akan membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam Pakatan selepas muktamar PAS.

"Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih pemimpin baru PAS yang pro dengan segala tindak tanduk DAP.

"Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2009.

“Tindakan provokatif DAP ini boleh membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara parti Islam dengan parti sosialis tersebut," katanya.

Dalam ucapannya, beliau mengakui Pakatan yang dibentuk sejak 2009 berada di ambang pertembungan antara parti bermula daripada Langkah Kajang, pengguguran menteri besar Selangor sehingga isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar Dewan Ulama PAS bertajuk Prinsip Perjuangan Asas Nusrah Kemenangan di Taman Melawar, Gombak pagi ini.

Beliau turut menegur anggota PAS mengenai kegagalan memberi kesetiaan kepada perjuangan Islam khususnya jika berlaku pertikaian antara PAS dan rakan sekutu dalam Pakatan.

"(Maka) kesetiaan terlebih dahulu mestilah diberikan kepada parti Islam.

"Di sinilah para alim ulama sekali lagi berperanan untuk menggerakkan kerja-kerja tarbiah di kalangan ahli bagi memastikan mereka tiada tersasar dari landasan perjuangan yang mengakibatkan kemenangan yang lebih besar tertangguh," katanya.

Lihat Komen
ADS