Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Ulama PAS mengecam ahli dan kepimpinan parti itu yang didakwa bersekongkol dengan rakan kerjasama politik bukan Islam untuk melengah-lengahkan usaha ke arah pemerkasaan undang-undang jenayah Islam.

Pemangku Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamad berkata usaha menobatkan undang-undang itu yang dianggap prinsip perjuangan, cuba dikendurkan dengan pelbagai alasan yang “kononnya akademik”.

"Terma-terma yang dilihat Islamik digunakan sebagai hujah bagi mengelabui dan meracuni prinsip perjuangan ahli-ahli PAS.

"Maka lahirlah terma seperti maqasid syariah ( objektif syariah ), fiqh aulawiyat (fekah keutamaan) dan sebagainya yang disalahgunakan untuk tujuan merasionalkan tindakan menentang pelaksanaan jenayah syariah.

"Inilah racun-racun halus yang sedang ditabur. Hakikatnya ia berlaku hanya semata-mata untuk menjaga hati rakan kerjasama politik yang sudah tentunya tidak beriman dengan syariat Allah," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar ketua dewan ulama PAS di Taman Melewar PAS pagi ini.

Lihat Komen
ADS