Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara berkata pihaknya terpaksa membatalkan program dialog “Nothing2Hhide” ekoran terdapat dua kumpulan yang didakwa akan melakukan kekecohan ketika acara itu berlangsung.

“Pembatalan dialog Nothing2Hide dilakukan polis pada saat-saat akhir sebelum majlis ini dilangsungkan.

“Kita pihak polis mengesan di saat-saat akhir sebelum majlis dilangsungkan kita telah menerima bahawa ada dua kumpulan tidak sehaluan merancang untuk melakukan kekecohan semasa dialog ini berlangsung,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Namun apabila ditanya siapa pihak tersebut beliau enggan mendedahkannya.

“Tidak perlu saya jelaskan siapa kumpulan ini, tapi nak elak saya cegah dulu,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis juga mendapati penganjur program itu seperti tidak dapat mengawal keadaan di dalam dewan.

Ali Tinju ditangkap

Khalid menambah, pihak polis menggunakan kuasa bawah Seksyen 103 Kanun Acara Jenayah untuk mencegah jenayah yang mungkin berlaku.

“Jadi saya telah ambil keputusan untuk membatalkan kerana ada tanda-tanda ketenteraman dan keselamatan awam boleh terancam,” katanya.

Jelasnya lagi, pada mulanya Najib tidak senang dengan keputusan yang dibuat.

Namun, katanya lagi, atas alasan keselamatan program itu harus dibatalkan.

Justeru, beliau terpaksa bertegas meminta perdana menteri yang sudah mahu berangkat agar tidak hadir.

Sementara itu, polis berkata seorang ditangkap susulan berlaku kekecohan di luar dewan acara.

Khalid mengesahkan bahawa individu yang ditangkap ialah Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Ali Tinju sebelum ini mencuri perhatian dengan “tarian punggung” di depan pengerusi BERSIH ketika itu Datuk S Ambiga, di Kuala Lumpur.

Lihat Komen
ADS