Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik
Diterbitkan:  Jun 8, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan,” kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.

Dewan Ulama pula berkata usul mereka  “mencadangkan”, bukan “menegaskan” seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

“Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura,” katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor “tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan”.

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

“Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS,” katanya lagi.

“Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.

Lihat Komen
ADS