Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Krew darat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berhenti melakukan kerja masing-masing sekiranya MAS tidak menarik balik semua surat penamatan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam, kata Kesatuan kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam). 
 
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin, bagaimanapun tidak mau memberikan butiran lanjut mengenainya.
 
"Tunggu dan lihat. Beri kami 48 jam," katanya dalam sidang media hari ini.
 
Sekiranya MAS tidak memperdulikan protes itu, Nufam akan menerajui protes yang lebih besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau di luar ibu pejabat Khazanah Nasional.
 
Khazanah Nasional adalah pemilik syarikat penerbangan negara tersebut.
 
Selain itu, Nufam juga meletakkan dua syarat bagi MAS untuk mengelak berdepan dengan gangguan kerja.
 
Pertama, MAS juga perlu berunding semula syarat-syarat kontrak dengan kesatuan yang berkaitan, termasuk Nufam, untuk memastikan pekerja tidak dieksploitasi.
 
Kedua, semua pekerja MAS yang dipecat mesti diambil bekerja semula dan ditawarkan skim pemisahan sukarela dan bukannya ditamat perkhidmatan.
 
Katanya, mereka akan terus mengadakan bantahan sehingga mereka dapat keputusan yang mereka mahu. 
 
MAS sedang dalam proses penyusunan semula yang akan mengakibatkan kira-kira satu pertiga kakitangannya dipecat dalam usaha untuk mengurangkan kos.
 
Dua pekerja MAS yang ditamatkan perkhidmatan mereka yang tidak mhu disebut nama, turut hadir dalam sidang akhbar itu untuk berkongsi pengalaman mereka.
 
Seorang daripadanya berkata dia baru sahaja kehilangan suaminya yang sakit tujuh bulan dan kini perlu menyara anak perempuan berusia lapan.
 
Sehari selepas dia pulang dari penerbangan pada 3 Jun, beliau menerima panggilan telefon memberitahu dia telah ditamatkan perkhidmatan serta me
rta.
 
Apabila dia bertanya mengapa perkhidmatannya ditamatkan, dia tidak diberi jawapan.
 
Beliau telah bekerja dengan MAS selama 18 tahun, tetapi mengambil cuti tanpa gaji selama satu setengah tahun baru-baru ini untuk menjaga suami yang sakit.
 
"Saya hanya mahu kerja saya balik untuk masa depan anak perempuan saya dan masa depan saya," katanya sambil menangis.
 

 
 

 
Lihat Komen
ADS