Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat MAS mendarat cemas di Australia
Diterbitkan:  Jun 12, 2015 1:45 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH148 membuat pendaratan cemas di lapangan terbang asal di Melbourne, Australia.

Pesawat Airbus A330 itu dijadual terbang ke Kuala Lumpur daripada lapangan terbang itu.

News.com.au melaporkan ia berpusing-pusing beberapa kali di kawasan lapangan terbang, dipercayai untuk menghabiskan minyak.

Seorang jurucakap perkhidmatan udara Australia mengesahkan kepada The Guardian bahawa pesawat itu mengalami masalah enjin.

Katanya, masalah timbul selepas juruterbang menekan minyak sepenuhnya.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan juruterbang itu berpusing-pusing untuk membuang minyak sebelum mendapar memang amalan biasa jika berdepan situasi itu.

MAS mengesahkan kejadian itu dan sedang menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada bukti fizikal berlaku kebakaran luaran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS