Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang menteri kabinet hari ini menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat rombakan kabinet selepas Hari Raya Puasa, Julai depan.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak mendengar atau "menghidu" apa-apa berkaitan rombakan kabinet seperti yang dikhabarkan.

"Tidak ada. Tiada rombakan. Tidak ada sebarang cakap-cakap tentang kemungkinan kabinet akan dirombak dan perdana menteri tidak menyebut tentang perkara ini di mana-mana.

"Malah pada mesyuarat kabinet hari ini, tidak ada apa yang pelik. Kami gembira dan ahli kabinet seperti sebuah keluarga.

"Jadi saya tidak tahu di mana khabar angin ini datang," katanya kepada Malaysiakini .

Malah, ahli parlimen Padang Rengas itu turut melahirkan rasa pelik berhubung laporan yang dibuat di akhbar New Straits Times yang menyebut bahawa rombakan kabinet akan berlaku pada Julai ini.

"Ada orang mengatakan saya akan digugurkan. Khabar angin seperti ini dah banyak kali dikatakan, tetapi saya tetap masih ada," kata Nazri lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS