Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, mengakui tidak tinggal bersama isterinya Shahnaz A Majid selama 12 tahun empat bulan sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahmud berkata cuba menceraikan isterinya tiga kali tetapi tidak kesampaian.

Ditanya peguam Shahnaz, Rafie Shafie, sama ada kuasa menceraikan dalam Islam terletak di tangan lelaki, Mahmud bersetuju.

Mahmud bagaimanapun menafikan dakwaan peguam bahawa dia meneruskan perkahwinan itu dan enggan menceraikan Shahnaz demi menjaga nama baik keluarga.

Mahmud juga bertelingkah dengan Rafie kerana peguam itu menyebut namanya tidak betul apabila namanya disebut sebagai “Bekir” (sebutan biasa).

Mahmud berkata ia sepatutnya disebut “Bakar” kerana ia berdasarkan ejaan dalam bahasa Poland.

Mahmud juga berkata beliau mengupah syarikat perhubungan awam GRA Communications untuk menepis dakwaan-dakwaan terhadap dia dan keluyarganya.

Nilai kontrak untuk dibayar pada syarikat itu sebanyak RM890,400 untuk dua tahun, bermula 1 Jun 2014.

Lihat Komen
ADS