Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Sesyen Shah Alam menolak usaha naib presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas pegawai bank Johari Mohamad untuk merujuk tiga soalan perlembagaan berhubung pertuduhan mereka bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) ke Mahkamah Tinggi.

Dalam perkembangan membingungkan, hakim Zamri ‎Bakar menolak permohonan itu.

“Oleh kerana permohonan ini tidak datang daripada mahkamah atau pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen tetapi daripada pemohon-pemohon ini, mahkamah menolak permohonan ini,” kata Zamri.

Hakim juga menolak permintaan peguam N Surendran untuk menangguhkan prosiding.

Zamri menetapkan tarikh perbicaraan untuk pertuduhan bawah Bafia pada 10, 11, 12 dan 20 Ogos.

Susulan keputusan itu, Surendran berkata akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dan kemungkinan menangguhkan pendengaran dengan segera.

Kebiasaannya, seperti kes-kes hasutan, permohonan merujuk soalan berkaitan perlembagaan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dibenarkan.

Lihat Komen
ADS