Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

"Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.

"Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.

"Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini .

Dr M: Melayu sendiri lindungi Melayu

Malah, tindakan kerabat diraja yang mudah menerima Malayan Union juga digunakan oleh perdana menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan serangan ke atas raja-raja dalam usaha melucutkan kekebalan mereka pada 1993.

Perkara itu terdapat dalam hansard ucapan Mahathir di Parlimen pada tahun itu.

"Ada pihak yang berpendapat bahawa raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.

"Peristiwa Perjanjian Mac Michael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.

"Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri," kata Mahathir dalam handsard itu.

Sehubungan itu, Wong berkata Tunku Idris telah mencampuradukkan fakta sejarah dan peninggalan Malayan Union dalam status di Instagramnya itu.

"Disebabkan itu (Malayan Union), kembali kepada persoalan sama ada raja-raja atau ahli-ahli politik dapat melakukan tugasan mereka dengan baik dalam mempertahankan kepentingan Melayu," kata Wong.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS