Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Enam bulan sudah berlalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes dan hukuman mati kepada bekas polis elit Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Bagaimanapun, kata Ram Karpal, yang mewakili bapa Altantuya Shaariibuu dalam saman RM100 juta, percaya Malaysia masih belum membuat permohonan ekstradisi Sirul di Australia.

Beliau yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor berkata sudah dua kali bertanya soalan itu di Dewan Rakyat tetapi didakwa gagal mendapat jawapan positif.

“Saya percaya kerajaan Malaysia tidak buat sebarang permohonan untuk ekstradisi Sirul. Saya tidak dengar apa-apa.

“Ini sebabnya kenapa kami buat permohonan ini untuk berikan pindaan pernyataan tuntutan terhadap Sirul di Australia kerana dia tidak hadir dalam kes saman ini.

“Yang lain berada di Malaysia dan tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas kes itu hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Suraya Othman hari ini berkata terdapat prosedur perlu diikuti oleh Shaariibuu Setev, bapa Altantuya, dan dokumen berkaitan tidak boleh diserahkan langsung kepada konsular Malaysia di Sydney.

Setev pada 2007 memfailkan saman RM100 juta terhadap Sirul, Azilah Hadri, penganalisis politik Razak Baginda, pihak polis dan kerajaan Malaysia susulan pembunuhan anaknya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa undang-undang Australia menghantar penghantaran pulang individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS