Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, jemaah menteri memutuskan untuk memberi tempoh percubaan kepada pelancong China memasuki negara ini tanpa menggunakan visa.

Zahid bagaimanapun berkata, tempoh tersebut terhad kepada pelancong China yang datang ke Malaysia secara berkumpulan.

Katanya lagi, sekiranya sepanjang tempoh itu ada bukti menunjukkan ia memberi keuntungan kepada kerajaan Malaysia, dasar itu akan dilanjutkan.

"Tempoh percubaan ini untuk melihat keberkesanan kehadiran pelancong dari China yang datang ke Malaysia.

"Kabinet hanya bersetuju untuk pelancong berkumpulan sahaja, manakala (kaedah untuk) pelancong individu masih dicari jalan menyelesaikannya," kata Zahid di pada sidang media di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno memberitatu, jika kehadiran pelancong dari China meningkat seperti diharapkan sepanjang tempoh percubaan berkenaan, dasar itu akan dilanjutkan.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, walaupun Malaysia membenarkan pelancong berkupumlan dari China datang ke negara ini tanpa visa, tiada kompromi dalam isu keselamatan.

Katanya, beberapa mekanisme ditentukan bagi memastikan pelancong tersebut pulang ke negara asal mengikut tarikh yang ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan.

"Beberapa mekanisme ditentukan supaya mereka pulang ke negara asal untuk tempoh tertentu sudah dicari bersama-sama dengan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan beberapa pihak penguatkuasa," kata Zahid lagi.

Selain itu, beliau berkata, pengumuman mengenai berkuatkuasanya peraturan baru itu akan dibuat oleh Kementerian  Pelancongan dan Kebudayaan.

Lihat Komen
ADS