Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Syura Ulama menunggu Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din pulang menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu sebelum membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

MP Marang itu berkata mesyuarat badan tertinggi PAS itu hari ini tidak membincangkan mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Perbincangan mengenai usul putus hubungan dengan (parti) tersebut, perlu menunggu Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pulang dari Mekah," kata Abdul Hadi kepada pemberita petang ini.

Sebelum ini dilaporkan Haron akan menunaikan umrah selama dua minggu bermula 15 Jun dan dijangka pulang pada akhir bulan ini.

Beliau sendiri sebelum ini berkata secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu kerana sudah habis tempoh dan menjangkakan pemimpin lain bakal menggantikannya.

Muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat untuk pelaksanaannya.

Susulan itu, DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi selepas mendakwa ia berpunca daripada keputusan yang dibuat dalam muktamar parti itu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata mesyuarat Majlis Syura hari ini hanya membincang mengenai pelantikan ahli Majlis Syura dan tidak ada menyentuh mengenai usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Hari ini (Majlis Syura) berbincang mengenai pelantikan Ahli Majlis Syura. Tidak bincang mengenai usul putus hubungan dengan DAP," katanya sambil menambah kebanyakan anggota jawatankuasa dalam badan itu masih kekal.

Jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama juga pula perlu menunggu kepulangan Haron Din, kata Hadi.

Lihat Komen
ADS