Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru besar tutup mulut, exco nafi kes 'air kencing'

Sebuah sekolah yang mana seorang guru kanannya didakwa memberitahu pelajar bukan Islam agar tidak minum dalam kelas, enggan mengulas berhubung isu ini kerana laporan polis telah dibuat.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ibrahim Rusli Md Tahir berkata beliau maklum mengenai isu tercetus tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenainya isu itu.

"Ia dalam siasatan polis. Jadi kita serah kepada polis. Saya tidak mahu mengulas apa-apa. Minta maaf," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebelum ini, jurucakap sekolah yang terletak di Sungai Petani, Kedah itu memberitahu Malaysiakini bahawa guru besar sekolah itu sedang bercuti sementara penolongnya mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai dakwaan itu.

Sementara itu, Exco Pendidikan Kedah Datuk Tajul Urus menafikan insiden itu berlaku.

Beliau yang merancang untuk mengadakan sidang media berhubung perkara itu, memberitahu Malay Mail Online bahawa guru terbabit tidak tidak mengucapkan kata-kata tersebut.

Dilaporkan sekolah tersebut didakwa mengarahkan murid bukan Islam supaya tidak minum air di dalam kelas, tetapi dalam tandas sekolah.

Malah guru itu juga didakwa berkata jika tiada air, mereka boleh "minum air paip ataupun air kencing sendiri".

Kenyataan itu dikeluarkan dalam sebuah perhimpunan rasmi semalam

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS