Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
The Edge kena surat tunjuk sebab
Diterbitkan:  Jul 1, 2015 4:24 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Kerajaan mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas akhbar perniagaan The Edge ekoran laporan berhubung 1MDB yang didakwa berdasarkan maklumat tidak benar.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan surat tersebut dihantar kepada akhbar tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu mengumumkan bahawa kerajaan akan bertindak ke atas The Edge atas laporan mengenai usahasama 1MDB dan PetroSaudi International.

Tindakan itu diumumkan susulan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi yang didakwa membocorkan maklumat mengenai usahasama 1MDB-PetroSaud bernilai AS$1.2 bilion.

Kerajaan Malaysia juga mendakwa, maklumat tersebut dipinda dan dibocorkan kepada akhbar The Edge dan Sarawak Report .

Zahid juga mendakwa terdapat rakyat Malaysia yang meminta Justo berbuat demikian, dan menambah individu berkenaan mungkin akan diekstradisi ke Thailand untuk membantu siasatan.

Laman Sarawak Report yang menerbitkan pelbagai tulisan berdasarkan email yang dibocorkan itu bagaimanapun yakin bahawa ia hanya satu usaha untuk mencemarkan nama Justo dan menangkis kritikan ke atas 1MDB.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesyaki perkara sama.

Lihat Komen
ADS