Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung sekian lama dan dianggap mustahil dapat diselesaikan.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya mungkin boleh berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi menggiatkan agenda hudud dan bersedia bekerjasama dengan Umno bagi mencapai matlamat keagamaan itu.

Tambahan pula, Hadi sering digambarkan sebagai penggerak utama agenda kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama Umno Kelantan juga menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

Oleh itu, seorang bekas pemimpin kanan BN percaya bahawa Umno dan PAS akan berganding bahu demi kepentingan bersama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira apa yang pengkritik atau penganalisis akan kata, tetapi percayalah, ini adalah idea yang boleh dilaksanakan dari segi politik – bekerjasama demi pilihan raya," kata pemimpin yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini .

Sebelum ini, bekas menteri itu berkata, jika seseorang meramalkan bahawa DAP dan PAS akan bersama, orang tersebut akan dituduh tidak waras.

Katanya, PAS merupakan saingan terbesar Umno dan jika kedua-dua parti itu boleh berdamai, peluang kedua-dua pihak akan lebih besar dalam pilihan raya.

Ini, katanya lagi, memandangkan iklim politik semasa menyaksikan kedua-dua parti itu kini menghadapi masalah dalaman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS