Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemakaian kain sarung dianggap sebagai tidak masuk akal memandangkan setiap orang bebas memakai apa yang mereka mahu selagi sopan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Ini termasuk memakai seluar pendek, skirt atas lutut dan baju tanpa lengan, kata Nancy.

"Ini demokrasi, come on , bagilah orang ramai peluang untuk pakai apa yang mereka mahu.

"Pakai seluar pendek dan skirt tidak mengganggu orang selagi tidak berbogel," katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Selain itu, beliau berkata, amalan meminta orang ramai pergi ke pejabat awam dengan memakai sarung yang disediakan tidak mencerminkan kebersihan.

"Tolonglah, demi kebaikan, jangan beri kain sarung (di pejabat kerajaan) kerana ia tidak bersih.

"Bukan hal kamu untuk sediakan kain sarung dan kamu tidak akan tahu jika kain itu benar-benar bersih," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS