Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang menteri kanan kabinet hari ini mempertahankan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai meluluskan lelongan nombor plat Patriot tanpa tender terbuka.

"Ini bukan sesuatu yang baru, pernah berlaku. Ia dilakukan kali pertama pada zaman Dr Mahathir Mohamad," katanya merujuk kepada bekas perdana menteri keempat Malaysia.

Justeru, kata Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, beliau tidak faham mengapa ia dijadikan isu ketika ini.

Katanya, pada zaman Tun Dr Mahathir, kerajaan memperkenalkan nombor plat Sukom sempena Sukan Komanwel yang diadakan di Kuala Lumpur.

Nazri berkata, skim nombor plat Patriot itu juga diberikan kepada Yayasan Patriot Negara (YPN) untuk "tujuan yang baik".

"Saya pasti menteri terbabit meneliti latar belakang yayasan berkenaan sebelum memberi kelulusan mengenainya," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS