Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nenek rasis - Lim diarah bayar Jahara RM500,000
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 11:37 AM
Dikemaskini: 7:23 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diarah mahkamah membayar ganti rugi sebayak RM500,000 selepas Datuk Jahara Hamid menyamannya kerana menggelar ketua pembangkang itu "nenek rasis".

Menurut The Star Online, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan mengarahkan Lim membayar ganti rugi itu bersama faedah 5 peratus setahun mulai hari penghakiman.

Lim juga diarah membayar kos perundangan sebanyak RM40,000.

Selain menerima permohonan plaintif supaya Setiausaha Agung DAP itu tidak mengulangi kenyataan sama terhadap Jahara, Nordin juga mengarahkan Lim menarik balik kenyataan berkenaan di media.  [Baca berita asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan p eguam Jahara, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos ketika dihubungi memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan Lim membayar kos sebanyak RM40,000 kepada anak guamnya berserta faedah sebanyak lima peratus.
 
Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan Lim yang juga setiausaha agung DAP menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menahan Lim daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
 
Jahaberdeen berkata dalam keputusan itu mahkamah memutuskan apa yang dituduh oleh Lim selaku defendan dalam kes itu adalah tidak benar dan ia adalah jelas dapat dilihat pada nota prosiding persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Selain itu mahkamah turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Lim adalah jelas kata-kata yang memfitnah Jahara," katanya.
 
Pada 2014, Jahara menfailkan saman itu dengan mendakwa Lim pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menggelarkannya sebagai nenek rasis.
 
Jahara selaku plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Lim daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.
 
Jahara turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar. 
 
Lim diwakili peguam Datuk N Mureli.

Lihat Komen
ADS