Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO dakwa 'pendedahan' sebahagian sabotaj politik
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 2:57 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyifatkan 'pendedahan' dalam Wall Street Journal (WSJ) sebagai kesinambungan daripada "sabotaj politik" terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO berkata meskipun kepimpinannya yang berjaya menerajui ekonomi Malaysia berdepan dengan arus global, terdapat usaha oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara, mencemarkan kerajaan dan menyingkirk an seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Katanya, dakwaan terkini itu yang bersumberkan penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang perdana menteri, adalah kesinambungan daripada sabotaj politik tersebut.

PMO berkata, ia telah dilaporkan bahawa dakwaan jenayah pembocoran dokumen, pengubahsuaian dan pemerasan telah berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai

Oleh itu, katanya, adalah menjadi kewajipan bagi anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima dokumen itu sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

"Mengenai dakwaan itu, ia perlu diambil perhatian bahawa 1MDB telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah menyediakan dana kepada perdana menteri," katanya.

PMO menjawab laporan WSJ bahawa para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Najib.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS