Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita WSJ: PKR mungkin menghadap Agong
Diterbitkan:  Jul 3, 2015 3:57 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

PKR menggesa sebuah badan siasatan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan AS$700 juta wang daripada badan dikaitkan dengan dana 1MDB disalurkan ke akaun perdana menteri.

Jika perlu, kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, mereka akan berusaha menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mengenal pasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan itu diwujudkan.

Dalam kenyataannya hari ini, Azizah juga menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi berdolak-dalik berhubung perkara itu.

“Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini,” kata Azizah.

Beliau juga membuat gesaan yang sama dengan PAS supaya Najib membuat mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki melalui sebuah kenyataan bersumpah.

Wall Street Journal (WSJ), sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Lihat Komen
ADS