Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pergerakan Puteri Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu dibuat Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mas Ermieyati mendakwa artikel Sarawak Report itu jelas merupakan fitnah kerana tidak disokong dengan bukti jelas dan kukuh serta berniat untuk memburukkan prestasi Najib dan kepimpinannya.

"Puteri (Umno) meminta siasatan menyeluruh dibuat terhadap pihak yang terlibat dan bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati meminta semua pihak mengambil tindakan pantas bagi mengekang perbuatan fitnah itu yang dikhuatiri akan memperdaya dan mempengaruhi orang ramai dan boleh mencetus kekeliruan dalam kalangan rakyat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS