Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiada sebarang tarikh khusus ditetapkan Mursyidul Am PAS bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Syura Ulama berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP setakat malam ini.

Ditemui media sebentar tadi Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura hanya akan membincangkan mengenai nasib usul berkenaan selepas anggota badan itu dilantik.

Dan Haron yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum Aidilfitri.

"Kami perlu melantik ahli syura terlebih dulu. Semua ini tidak dibincangkan kerana ia terlalu baru, tetapi saya yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum raya," katanya di majlis berbuka puasa di Putrajaya sebentar tadi.

Walaupun usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS bulan lalu.

Walaupun beberapa pihak beranggapan usul berkenaan sudah muktamad, Haron masih berpendapat ia sebaliknya kerana memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama.

Namun, kata Haron, DAP menganggap usul berkenaan muktamad dan mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur tanpa sebarang usaha menghalang pemutusan berkenaan.

Haron juga mengingatkan usul berkenaan terhasil daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya mempunyai maklumat lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata kemungkinan besar mesyuarat Majlis Syura Ulama hanya diadakan selepas Aidilfitri.

Mengakui belum ada tarikh yang ditetapkan, beliau berkata: "Kemungkinan besar selepas raya."

Lihat Komen
ADS