Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wan Azizah ajak semua pihak bincang isu semasa
Diterbitkan:  Jul 5, 2015 1:18 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua ahli parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kemelut yang dihadapi negara ketika ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hari ini, beliau berkata, perjumpaan tergempar itu dibuat bagi mencari keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat terhadap kredibiliti perdana menteri.

"Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario baru yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini," katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib kelihatan berasas apabila Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama dipetik WSJ.

"Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan PKR dan parti pembangkang malah di kalangan Umno - BN terus berdiam diri.

"Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin," katanya.

Tambah Azizah, beliau akan mengadakan pertemuan itu pada 7 Julai di bangunan parlimen.

Lihat Komen
ADS