Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak 3 tahun maut jatuh pangsapuri
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri Taman Air Tawar Indah di Butterworth hari ini.

Muhamad Adam Qhalish Mohd Hairul Anuar yang merupakan anak kepada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian itu disedari ibunya selepas diberitahu jiran yang ternampak mayat kanak-kanak itu di kawasan bawah pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di dalam sebuah bilik yang terdapat susunan kotak di tepi tingkapnya.

"Dia dipercayai memanjat kotak itu sebelum terjatuh melalui tingkap bilik itu," katanya kepada Bernama.

Abdul Rahman berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya sebelum dibawa pulang ke Klang, Selangor untuk dikebumikan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS