Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno S'gor sokong PM saman WSJ
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 5:47 AM
Dikemaskini: Jul 8, 2015 12:54 AM

Badan Perhubungan Umno Selangor ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat tuduhan terhadap beliau membabitkan isu 1MDB. 

Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan saman perlu dilakukan bagi membersihkan nama Najib yang juga Presiden Umno daripada semua tuduhan tersebut.

"Umno Selangor sokong perdana menteri bertindak tegas untuk menyaman WSJ dan Sarawak Report. Cara nak buktikan (tuduhan) ialah ke mahkamah.

"Kita minta perdana menteri mesti ambil tindakan demi mencari keadilan untuk beliau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Selangor semalam.

Jumaat lepas, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS