Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pembunuh Hussain Najadi kini di Malaysia'
Diterbitkan:  Jul 11, 2015 10:00 AM
Dikemaskini: 2:06 AM

Pascal Najadi - anak Hussain Najadi - mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran.

Bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype , Pascal berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan.

Pascal juga mendakwa suspek, Lim Yuen Soo mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia.

Menurut Pascal, polis wajar meneliti rekod telefon Lim sejak lima tahun lalu kerana ia mungkin dapat mendedahkan komunikasi antara suspek dengan wanita yang dimaksudkannya itu.

Siasatan Malaysiakini juga mendedahkan Lim bukanlah sekadar ahli perniagaan yang menguruskan "pusat hiburan dan parkir kereta" seperti digambarkan polis.

Lim dipercayai memiliki sebuah firma kawalan keselamatan dikenali sebagai  Active Force Security Services Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS