Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wakil Umno nafi bayar bekas wartawan buat 'pengakuan'

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa bekas wartawan Lester Melanyi dibayar untuk membuat pengakuan terhadap laman  web pemberi maklumat Sarawak Report.

"Tidak, ia tidak benar. Anda baca (laporan itu) dengan teliti," katanya.

Malay Mail Online melaporkan semalam bahawa bekas wartawan itu mengakui dia telah dibayar untuk mengatakan bahawa Sarawak Report dan pengasasnya telah memalsukan dokumen dalam usaha untuk memburuk-burukkan agensi kerajaan 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Abdul Razak.

Lester, bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah yang diterima dan sumbernya.

Juga dilaporkan ialah menteri Sarawak, Datuk  James Masing mengulas bahawa Abdul Rahman telah mengambil 'langkah yang salah' dengan menggunakan 'pengakuan' Lester.

Untuk ini, Rahman (gambar), yang juga pengarah komunikasi strategi BN berkata, 'mesej adalah lebih penting daripada pembawa mesej'.

Abdul Rahman bagaimanapun, mengakui bahawa beliau tidak tahu sama ada Lester adalah seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya

"Saya tidak tahu. Pembawa mesej tidak penting, apa yang penting ialah mesej itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Najib di Putrajaya hari ini.

"Biarlah penyiasat melihat sama ada (pengakuan Lester adalah) betul," katanya sambil menggesa pihak berkuasa untuk mempercepatkan siasatan.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS