Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

The Edge Media Group telah menjawab surat tunjuk sebab kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan syarikat berkenaan menyiarkan laporan yang tidak tepat.

Kementerian tersebut mengesahkan penerimaan jawapan kepada surat tersebut dan pihaknya sedang mengkajinya.

"Kami sedang menganalisis maklum balas The Edge. Kami akan bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan," kata Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar ketika dihubungi Malaysiakini .

Ekoran penahanan bekas staf PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo oleh polis Thailand pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi isyarat bahawa tindakan terhadap The Edge bakal diambil.

Ini kerana Putrajaya percaya Justo telah menjual dokumen yang "diuli" kepada laman web pembocor maklumat Sarawak Report yang kemudiannya diterbitkan semula dalam penerbitan The Edge.

Syarikat tersebut menerbitkan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly.

Surat tunjuk sebab itu dihantar pada 1 Julai dan diberi tempoh tujuh hari untuk menjawabnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS