Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa MP Seputeh Teresa Kok dan MP Pandan Rafizi Ramli yang disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresin, bebas untuk ke luar negara.

Bercakap kepada Malaysiakini, Kok berkata Wan Junaidi telah memaklumkan bahawa beliau boleh ke luar negara dan hanya dihalang untuk memasuki bahagian Malaysia Timur yang mana pihak imigresen berautonomi di sana.

Rafizi pula dilaporkan hanya dihalang untuk ke Sarawak dan boleh ke Sabah atau ke luar negara.

Sementara itu, Malaysiakini sedang cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada Wan Junaidi.

Sin Chew Daily hari ini melaporkan Kok bersama MP Batu Tian Chua, Pengerusi NGO Negaraku Datuk S Ambiga, dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berada dalam senarai hitam jabatan tersebut.

Semalam pada pengkritik lantang 1MDB, Rafizi, MP Petaling Jaya Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong diminta merujuk pejabat imigresen terdekat untuk memeriksa status perjalanan mereka di laman web Jabatan Imigresen.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS