Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isu baiah talak tiga merupakan tindakan pre-emptif politik PAS untuk menangani isu lompat parti pasca pilihan raya umum ke-12.

Di kala kerajaan Pakatan Rakyat di Perak roboh kerana tindakan beberapa wakil rakyat dari DAP dan PKR yang telah melompat parti, PAS telah berjaya mengelakkan wakil rakyat mereka dari dibeli untuk melompat.

Sekaligus telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ini merupakan justifikasi PAS.

Persoalannya, apakah sistem politik di tanah air ini kekurangan mekanisme undang-undang dan nilai moral kendiri untuk mengelakkan isu lompat parti, sekaligus menjamin politik yang penuh integriti?

Apakah sehingga kesucian ikatan rumahtangga perlu dipertaruhkan demi kepentingan politik kepartian?

Bagaimana pula jika isu lompat parti bukan disebabkan dibeli seperti yang berlaku lewat insiden Perak, tetapi disebabkan oleh prinsip dan disebabkan sesebuah parti itu tersasar dari landasan perjuangannya?

Saya berpendapat pengamalan politik lama yang dipenuhi dengan sentimen, penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman dan penggunaan wang serta patronage perlu diberikan titik noktah.

Malaysia memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan idea matang, penumpuan kepada isu tatakelola yang baik (good governance) dan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

Politik dunia ketiga yang mewarnai ruang atmosfera politik Malaysia perlu dihentikan dan digabtikan dengan politik integriti, amanah, bebas rasuah, berakauntabiliti dan berteraskan amanah.

Warga Malaysia perlu diberdayakan dan dihargai akal mereka agar mereka sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula dari ahli politik.

Jika rakyat Malaysia boleh mengamalkan politik matang, isteri-isteri dan institusi kekeluargan tidak perlu lagi menjadi pertaruhan di dalam persaingan politik kepartian lagi.


DR MASZLEE MALIK pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Lihat Komen
ADS