Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MT Umno dijangka bincang isu 1MDB Jumaat ini
Diterbitkan:  Jul 27, 2015 6:50 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Isu (1MDB) dijangka dibincang secara "hati ke hati" dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat ini, kata anggota MT Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata semua pihak diminta menunggu sehingga mesyuarat tersebut yang dilihat platform terbaik untuk berbincang dengan objektif isu itu bagi memastikan Umno kekal relevan dalam kalangan rakyat.

"Kita dalam MT akan bincang hati ke hati secara usrah dan musyawarah walau ada perbezaan pendapat," katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dekat Putrajaya hari ini.

Irmohizam yang juga pengerusi LKIM mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu 1MDB supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Sebelum mesyuarat itu, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadual mengadakan taklimat tertutup kepada kepimpinan parti peringkat bahagian terdiri daripada ketua, timbalan ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri.

"Keterbukaan jelas terpancar pada presiden parti untuk menjelaskan (isu tersebut)," kata Irmohizam.

Katanya apa yang paling penting bagi Umno dan BN Nasional pada masa ini ialah menguruskan persepsi masyarakat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS