Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

"Saya tak mahu kata apa-apa," kata Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara hari ini.

Dihubungi Malaysiakini, Abdul Gani yang berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 11 tahun lalu - sehingga diberhentikan hari ini - dilaporkan tidak tahu menahu mengenai keputusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi mengenai penamatan perkhidmatan itu.

Ditanya sama ada ia ada kena mengena dengan siasatan isu 1MDB, Abdul Gani juga enggan mengulas.

Never mind. I don’ t want to say a word (Tak apa. Saya tak mahu cakap apa-apa). Nanti saya cakap ni banyaklah,” katanya.

Pagi tadi Bernama melaporkan kerajaan menamatkan perkhidmatan Abdul Gani dan diganti dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang pernah bertugas sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

"Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri, meluluskan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara berkuatkuasa 27 Julai.

"Abdul Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perkhidmatan perundangan dan undang-undang sehingga bersara wajib pada 9 Oktober 2015," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS