Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan menjadi satu-satunya anggota kerajaan yang menziarahi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Beliau yang tiba pada jam 10.55 malam menghabiskan masa lebih sejam dan hanya keluar pada hampir tengah malam.

Kamalanathan berkata beliau hanya datang untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin.

"Saya mengucapkan terima kasih kerana didikan beliau. Beliau mempunyai banyak pengalaman sebagai menteri pendidikan sejak 2009. Jadi saya hanya datang untuk mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya," kata beliau.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kehadirannya di rumah Muhyiddin.

"Saya tidak mahu berikan komen, terima kasih," kata beliau tersenyum kepada hampir 40 wartawan yang berkumpul di perkara rumah Muhyiddin.

Ketika ditanya sama ada ayahnya Tun Mahathir Mohammad akan turut menziarahi Muhyiddin, beliau meminta wartawan untuk bertanya terus kepada bekas perdana menteri itu.

Sementara itu pengerusi parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengecam tindakan pemecatan Muhyiddin.

Katanya, sudah tentu rakyat akan kaji dan analisa kabinet baru itu dan akan dapati beberapa karekter yang diragui dalam jawatan menteri. Kadir bagaimanapun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya.

Bagaimanapun Abdul Kadir yang menghabiskan hampir dua jam di dalam rumah Muhyiddin menyatakan timbalan president Umno itu kelihatan tenang dan menerima hakikat digugurkan.

"Saya tidak fikir beliau akan meninggalkan Umno. Perkara ini pernah berlaku dulu. Tun Musa Hitam memegang jawatan timbalan president selama hampir dua tahun selepas meletakkan jawatan timbalan perdana menteri," katanya.

 
 

Lihat Komen
ADS