Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Satu lagi bahagian batal jemput Muhyiddin
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 8:46 AM
Dikemaskini: 1:23 AM

Sebuah lagi bahagian Umno telah menarik balik jemputannya kepada bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dipetik oleh portal SuaraTV sebagai berkata dia bimbang Muhyiddin akan mengulangi perkara yang sama semasa merasmikan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Cheras Ahad lalu.

Muhyiddin antara lain berkata Umno akan kalah jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.

Jamal dipetik berkata, Umno Sungai Besar amat gembira apabila Muhyiddin bersetuju untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu, yang dijadualkan pada 30 Ogos, dan pihaknya telah membuat persiapan.

Bagaimanapun, mereka bimbang jika apa yang berlaku di bahagian Umno Cheras akan berlaku lagi, Jamal dipetik sebagai berkata.

Katanya, bahagian berkenaan telah menghantar surat rasmi kepada Muhyiddin semalam untuk menjelaskan penarikan balik jemputan itu.

Sungai Besar adalah bahagian kedua yang menarik balik jemputan kepada bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan pada hari Selasa.

Semalam, Umno bahagian Raub menarik balik jemputan kepada Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya 'pada 15 Ogos.

Katanya, ia ekoran ucapan pedas Muhyiddin terhadap kepimpinan Najib pada malam Ahad lalu.

Ketua bahagian itu, Datuk Shahiruddin Ab Moin dipetik oleh Bernama sebagai berkata Raub Umno kecewa dengan kenyataan Muhyiddin itu, yang ternyata bertentangan dengan semangat perpaduan dan setiakawan dalam parti.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS