Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muncul pula audio 'tangkap Najib', MB nafi
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 1:16 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan.

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan  yang menurutnya tidak berasas itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata pihak di belakang dakwaan itu berniat jahat kepadanya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain Umno dan kerajaan.

“Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya,” katanya.

'Dia cakap tu ada fakta'

Berikut antara transkrip rakaman itu:

Saya bukan nak menyebelah Muhyiddin, mana-mana pihak. Tapi dia cakap tu ada fakta. Betul. Apa dia kata, mistake has been done . It’s okay. You know, just apologise . Kita akan bersama dengan dia, bukan kita nak suruh dia berhenti ke letak jawatan.

Betulkan balik. Jom sama-sama repair . Macam Mahathir tanya tu simple. Dia tak tanya apa, dia tanya duit itu pergi mana, itu saja. Apa yang Najib susah sangat sebenarnya, duit ini aku dah terpakai. Aku dah silap salah manage . Dah tersilap, habis ceritalah.

Mahathir nak itu saja, Bukan nak tahu itu tidak. Yang ditangkapnya ofice boy , dispatch, 1MDB ditangkapnya, ya Allah hai.

Muhyiddin kata itu betul. Statement dia di Cheras, Muhyiddin kata kenapa tak tangkap orang yang bersalah dan disyaki?

Yang ditangkap adalah yang tidak bersalah. Benda ni kan, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah najib. Siasat Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

Macam mana tu office boy , standard office boy nak buat kerja RM42 bilion ini? Macam tak logiklah benda ini.

Ini yang datang kemarahan rakyat. Rakyat ni tak bodoh.

Lihat Komen
ADS