Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gabenor Bank Negara tak kena serangan jantung
Diterbitkan:  Jul 30, 2015 5:25 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilapor sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang dikhabarkan sesetengah pihak.

Perkara itu disahkan oleh wakil Jabatan Perhubungan Korporat BNM, lapor Astro Awani .

Jurucakap itu berkata Zeti bekerja seperti biasa.

Khabar angin juga mengatakan Zeti sebahagian daripada pasukan petugas khas yang menyiasat tuduhan terhadap 1 Malaysia Development (1MDB) telah meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, dakwaan itu turut dibuktikan palsu.

BNM dan Zeti menjadi perhatian berikut dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana berkaitan 1MDB dideposit ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Razak.

BNM menolak dakwaan itu dan membuat laporan polis.

Lihat Komen
ADS