Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bayi setahun maut dilanggar kereta bapa
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 8:35 AM
Dikemaskini: 12:37 AM

Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di  Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan pagi semalam.

Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa  dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja.

- Bernama

Lihat Komen
ADS