Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib temui ketua perhubungan Umno
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 11:47 AM
Dikemaskini: 4:20 AM

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan memanggil ketua perhubungan Umno semua negeri ke rumahnya hari ini.

Media melaporkan, tindakan itu dibuat ekoran rombakan kabinet dilakukan perdana menteri yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

Seorang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - yang sering membuat kenyataan mengenai 1MDB - juga disingkirkan.

Antara ketua perhubungan itu, lapor The Star, ialah tujuh menteri besar dan dua ketua menteri.

Mereka dijangka bertemu Najib untuk menghadiri majlis taklimat politik pada jam 5.30 petang ini.

Menurut akhbar harian itu Najib akan menjelaskan beberapa isu semasa kepada pemimpin Umno terbabit, termasuk keputusannya menggantikan Muhyiddin.

Bagaimanapun sesetengah pihak berpendapat Najib mungkin turut menggantikan beberapa ketua perhubungan Umno negeri.

Seorang daripada ketua perhubungan tersebut berkata, dia tidak sabar untuk menghadiri majlis berkenaan kerana mahu mendengar sendiri apa yang akan diperkatakan perdana menteri.

"Kami juga ada soalan untuk perdana menteri," katanya dipetik akhbar harian itu.

Lihat Komen
ADS